Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas

Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas

Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dalam pertukaran pegawai kanan membabitkan lapan jabatan diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini.

Jawatan Pengarah JIPS pula bakal diambil alih Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Azri Ahmad, manakala Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, dilantik Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim, yang dilantik Pengarah Jabatan KDNKA.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Superintendan Skandaguru Anandan, berkata Komisioner Polis (CP) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan, bagi mengisi jawatan ditinggalkan Datuk Ramli Din.

“Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, dilantik Pengarah JSJK, manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kekal di jawatan sama dengan dinaikkan pangkat sebagai CP,” katanya dalam kenyataan hari ini. BH

Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bukit Aman siasat pegawai kanan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker