Bukit Aman siasat pegawai kanan

Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan tinggi polis di sebuah negeri akan menjurus kepada perlakuan dan penglibatannya dengan individu mencurigakan.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya akan menyiasat kemungkinan pegawai kanan tinggi polis itu terbabit daripada segi pergaulan dengan orang yang tidak diingini seperti mereka yang terlibat dengan aktiviti perjudian dan penyeludupan.

“Ada banyak aduan yang diterima oleh pihak kami mengenai penglibatan beliau dengan individu dengan latar belakang yang meragukan contohnya penglibatan judi dan sebagainya di negeri itu.

“Setakat ini kami memantau dari jauh disebabkan keadaan negara yang dilanda Covid-19 dan menyerahkan siasatan kepada polis di negeri itu, jika terdapat keperluan kami akan hantar pegawai penyiasat dari Bukit Aman untuk siasatan menyeluruh,” katanya.

Bukit Aman siasat kes timbalan pesuruhjaya polis Sarawak

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa pada hari pertama Aidilfitri hari ini meninjau anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kota Damansara.

Zamri berkata, hasil siasatan akan dikemukakan dahulu kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk arahan lanjut.

“Setakat ini tiada tindakan lagi, bagaimanapun jika terbukti penglibatan beliau dengan dakwaan itu, tindakan tatatertib seperti merehatkan beliau daripada tugasan akan diambil,” katanya.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pegawai kanan tinggi itu tular menerusi laman Facebook yang mendakwa pegawai berkenaan menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di negeri berkenaan.

– Bernama

Azhar jelaskan jawatankuasa Parlimen boleh mesyuarat ketika darurat

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

 

 

Wanita hamil koma dipukul suami

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker