Bukit Aman siasat kes timbalan pesuruhjaya polis Sarawak


Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Fisol Salleh berhubung dakwaan salah laku dan salah guna kuasa.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Zamri Yahya berkata siasatan dibuat berikutan beberapa aduan dilakukan terhadap pegawai kanan polis itu.

“JIPS telah memulakan siasatan secara menyeluruh dan telus.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa olehnya,” kata Zamri dalam satu kenyataan hari ini.



Zamri berkata PDRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan, pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pegawai kanan tinggi itu tular menerusi laman Facebook yang mendakwa pegawai itu menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di Sarawak. Mk

Upah polis RM1,000 untuk samun kereta dibeli warga asing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker