Bomba bantu pindah jenazah pesakit Covid-19 alami obesiti

Sebaran :

Bomba bantu pindah jenazah pesakit Covid-19 alami obesiti

 

Bomba bantu pindah jenazah pesakit Covid-19 alami obesiti

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah hari ini melakukan operasi memindahkan jenazah pesakit Covid-19 yang mengalami masalah obesiti.

Operasi itu buat pertama kali dilaksanakan di Kedah selepas diminta membantu Kementerian Kesihatan (KKM) yang berdepan kekangan dari segi pengangkutan dan tenaga kerja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim berkata, operasi bermula dengan memindahkan mayat seorang lelaki berusia 27 tahun seberat kira-kira 190 kilogram dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit Tikam Batu.

Katanya, operasi melibatkan 10 anggota dari BBP Tikam Batu menggunakan sebuah lori dan tiga buah kenderaan utiliti dalam membantu KKM menguruskan mayat pesakit obesiti.

“Pergerakan bermula dari BBP Tikam Batu ke kawasan perkuburan di mana proses sanitasi di kawasan perkuburan telah dilakukan terlebih dahulu, lori kemudian bergerak ke HSAH kira-kira jam 3.15 petang untuk memindahkan mayat ke kawasan pengebumian dengan diiringi anggota polis,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Syukri berkata, anggota bomba turut membantu proses pengebumian di tanah perkuburan berkenaan,

Katanya, pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa yang mengalami masalah obesiti meninggal dunia pada jam 2.44 pagi dan dimaklumkan untuk bantuan pihak bomba pada jam 8.30 pagi bagi proses pemindahan mayat dan pengebumian.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar, beliau turut meminta setiap anggota agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Setiap anggota dikehendaki memakai alat pelindung diri (PPE) termasuk pelitup muka dan pelindung muka,” katanya.

Muhamad Syukri berkata, operasi pengebumian selesai kira-kira jam 6.14 petang.

“Kita juga meminta orang ramai di luar sana agar mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19,” katanya. FMT

Bomba bantu pindah jenazah pesakit Covid-19 alami obesiti


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas


Sebaran :

Leave a Reply