Bunuh penyu agar betina, curi telur — MYKMU.NET

Bunuh penyu agar betina, curi telur



Sebaran :

KUALA TERENGGANU: Bangkai seekor penyu Agar (Green Turtle) betina ditemukan dalam keadaan terapung, dengan kesan dikelar di perairan Pulau Kapas dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab, yang mencuri telurnya.

Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Pulau Kapas Mohd Farith Rezza Isa berkata, bangkai penyu tersebut ditemui seorang pengusaha resort di pulau peranginan itu, pada 2.50 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan awal kami mendapati terdapat dua kesan kelar di badan penyu tersebut iaitu, di bahagian bawah badan dan satu lagi di lehernya.



“Bagaimanapun, kesemua organ dalaman penyu itu masih dalam keadaan baik tanpa sebarang tanda-tanda bengkak. Keseluruhan bahagian badannya juga tidak menunjukkan kesan rekahan di bahagian karapas atas. Ini menguatkan jangkaan kami bahawa kematian penyu ini masih baru lagi berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Tambahnya, selepas berbincang dengan beberapa penyelidik penyu dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pihak persatuan berpendapat punca kematian adalah disebabkan aktiviti mengambil telur penyu, melalui kaedah bunuh dan membelah perut penyu tersebut.

“Kami tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan kejam ini dilakukan nelayan asing. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah sekiranya perbuatan kejam ini dilakukan oleh nelayan asing, mengapa bangkai penyu ini dibuang sedangkan beberapa bahagian lain masih mempunyai nilai komersial.



‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

“Perkara ini amat membimbangkan kerana kegiatan mencuri telur sudah sampai ke tahap membunuh ibu penyu ini. Pihak berkuasa perlu mengeluarkan amaran kepada semua sukarelawan konservasi penyu, dan menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di pantai,” katanya.

Penemuan bangkai itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan beliau menggesa tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa, dan kertas siasatan wajar dibuka agar kejadian itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.

 

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Bunuh penyu agar betina, curi telur


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 


Sebaran :


Leave a Reply