Ajal penunggang motosikal dihempap pokok

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang membersihkan pokok tumbang hingga menghempap dan meragut nyawa seorang penunggang motosikal dekat Jalan Rawang, lewat petang tadi. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian dekat Rawang kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian berlaku di Jalan Rawang menghala ke Kuala Lumpur berhampiran stesen minyak Shell Templer Suasana.

“Laporan awal mendapati sebatang pokok telah tumbang melintang jalan dan telah menghempap seorang penunggang motosikal.

“Seorang mangsa lelaki Melayu berusia 24 tahun meninggal dunia, disahkan oleh pihak pihak KKM Selayang. Ketua Balai Boma dan Penyelamat Selayang juga telah dimaklumkan oleh bilik kawalan balai,” katanya dalam kenyataan

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Ajal penunggang motosikal dihempap pokok


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker