Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla

Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla

Gosip dan kontroversi bagaikan tidak terpisah daripada kumpulan sensasi, Dolla.

Umpama aur dan tebing, begitulah gosip liar yang sering menghimpit anggota Dolla sejak awal kemunculan pada 2020.

Seiring kejayaan demi kejayaan dikecapi, begitu juga kontroversi yang tidak pernah lekang daripada kehidupan kumpulan remaja yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya itu.

Baru-baru ini, salah seorang anggota, Syasya didakwa meneguk minuman keras ketika menghadiri konsert seorang penyanyi antarabangsa.

Syasya atau Noorsyasya Afiqah Sharizal, 22, berkata, video yang tular adalah kandungan lama, namun, tak dinafikan, acara itu menghidangkan alkohol.

“Jika perhatikan betul-betul video ini, adakah nampak saya pegang minuman keras?

“Tajuk digunakan dalam hantaran satu akaun media sosial juga sangat tersasar, mereka tulis ‘Syasya Dolla Kantoi Mabuk’.

“Ini adalah fitnah kerana dalam video itu sendiri tak nampak pun saya pegang botol minuman keras. Jadi, mana bukti nak tuduh saya?,”.

Syasya berkata, sebagai selebriti, dia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan kerjaya, populariti dan nama baik Dolla.

“Saya juga tidak akan mempermainkan agama dan kepercayaan keluarga kepada saya.

“Namun, saya tak mampu menutup mulut orang. Apa yang penting keluarga percaya dan tahu apa yang lakukan.

“Lebih penting, saya mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga dan diri sendiri.

“Tidak semua dipaparkan di laman maya boleh dipercayai 100 peratus. Ada kala video yang disunting pun boleh mencetuskan fitnah.

“Namun, sekiranya ada yang merasakan saya contoh buruk kepada peminat remaja, saya benar-benar minta maaf.

“Tetapi, ingin saya tegaskan, itu hanyalah salah faham kerana anda tak nampak saya pegang botol arak,” kata cucu pelakon veteran, Rozie Othman itu. BH

Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker