49 ditahan langgar SOP solat sunat Aidiladha

Sebaran :

49 ditahan langgar SOP solat sunat Aidiladha, kata polis P Pinang

Polis menahan 49 individu dalam kes pelanggaran SOP ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di luar sebuah surau di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang pagi tadi.

Jurucakap polis Pulau Pinang berkata, 48 daripadanya ialah warga Bangladesh dan seorang lagi warganegara.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan ratusan individu dipercayai warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan tempat letak kereta dan tepi jalan surau di Taman Pelangi kira-kira 8.30 pagi tadi.

Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zai memohon maaf atas kegagalan mengesan kira-kira 200 warga asing yang melanggar SOP dengan menunaikan solat melebihi kapasiti dibenarkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya memberi amaran tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil, termasuk mengarahkan Jabatan Imigresen mengusir warga asing terbabit. FMT

49 ditahan langgar SOP solat sunat Aidiladha

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cubaan cari jodoh di PPV gagal


Sebaran :

Leave a Reply