ADB turunkan unjuran pertumbuhan Malaysia bagi 2021

ADB turunkan unjuran pertumbuhan Malaysia bagi 2021

Bank Pembangunan Asia (ADB) menyemak semula unjuran pertumbuhan Malaysia tahun ini daripada 6% kepada 5.5%, susulan langkah “lockdown” bagi membendung pandemik Covid-19.

Unjuran 6% dibuat April lalu sebelum kerajaan mengumumkan pelaksanaan “total lockdown”. Sekatan bagaimanapun dilonggarkan bagi beberapa negeri sejak dua minggu lalu.

Dalam laporan “Asian Development Outlook 2021” yang dikeluarkan pada Selasa, ADB mendapati keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2021 menurun sedikit kepada 0.5% dari tahun ke tahun, dengan peningkatan dalam permintaan domestik dan eksport, terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik.



“Bagaimanapun, lanjutan langkah ‘lockdown’ yang dikuatkuasakan pada suku kedua 2021 dijangka melemahkan permintaan domestik sekali lagi,” katanya dalam laporan itu.

“Situasi perniagaan untuk pengeluar merosot secara mendadak pada Jun di bawah langkah sekatan pergerakan lebih ketat.

“Risiko penurunan lebih besar dijangka berlaku, susulan lonjakan jangkitan yang tidak menunjukkan tanda akan reda.”

ADB bagaimanapun mengekalkan unjuran KDNK Malaysia pada tahap 5.7% untuk tahun depan.



Katanya, unjurannya untuk pertumbuhan di Asia Tenggara tahun ini juga diturunkan daripada 4.4 % kepada 4% dengan beberapa negara melaksanakan semula sekatan pergerakan bagi mengekang penularan pandemik, selain menjangkakan pertumbuhan kembali melantun pada kadar 5.2% tahun depan. FMT

ADB turunkan unjuran pertumbuhan Malaysia bagi 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Cubaan cari jodoh di PPV gagal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker