COVID-19: Turki hantar bantuan perubatan ke India — MYKMU.NET

COVID-19: Turki hantar bantuan perubatan ke India

Sebaran :

Ia termasuk 630 tiub oksigen, 5 oksigen generator, 50 ventilator dan 50,000 kotak ubat-ubatan

ANKARA, 14 Syawal 1442H, Rabu – Sebuah pesawat tentera Turki yang membawa bekalan perubatan berlepas ke New Delhi pada Selasa, umum Kementerian Pertahanan Turki di Twitter.

Bantuan perubatan itu termasuk 630 tiub oksigen, lima oksigen generator, 50 ventilator dan 50,000 kotak ubat-ubatan, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Bulan Sabit Merah Turki, Ibrahim Altan berkata bantuan itu dihantar atas permintaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.



Katanya, proses penyediaan bantuan itu hasil kerjasama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Industri dan Teknologi serta Kementerian Pertahanan. – Bernama

 

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Ahmad Maslan ‘terkejut’ Tajuddin dipecat, harap jadi iktibar


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: