Najib cuti sakit, perbicaraan kes 1MDB ditangguh

 

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini, kerana bekas perdana menteri itu cuti sakit selepas menjalani pembedahan mata, Khamis lepas.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu ketika prosiding bermula pada pukul 10.20 pagi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.



Hakim kemudian membenarkan Najib diberikan cuti sehari dan mengarahkan mahkamah bersidang pada pukul 9.30 pagi, esok.

Terdahulu, hakim bertanya kepada peguam, sama ada perbicaraan kes berkenaan dapat diteruskan esok, dan Muhammad Shafee menjawab bahawa penglihatan Najib masih kurang jelas, malah beliau juga tidak dapat menandatangani sebarang cek.

Hakim Sequerah: Mungkin kita boleh bersidang esok untuk kes ini. Beri dia cuti hari ini, esok kita boleh bersidang…Esok kita bertemu di sini seperti biasa dan jika keadaan hematoma telah pulih, maka kita boleh teruskan.

Pakar cadang had laju 30km/j di bandar, kampung



Muhammad Shafee: Beliau (Najib) mempunyai ketidakupayaan sementara dan tidak mempunyai penglihatan yang jelas, malah beliau tidak dapat menandatangani cek.

Mendengar penjelasan tersebut, hakim memaklumkan bahawa Najib boleh hanya duduk di mahkamah esok.

Perbicaraan kes di mahkamah hari ini, sepatutnya bagi mendengar keterangan dari saksi pendakwaan ke-10 Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan bekas CEO 1MDB.



Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

‘Abang Nuar’ Tak Dapat Jadi PM..Anwar Balas 😐

Najib cuti sakit, perbicaraan kes 1MDB ditangguh


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tak adil adil ‘palit’ Umno dengan kegagalan PN, kata Zahid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker