Uncle Kentang Bakal Terima Anugerah Daripada Ratu Elizabeth II

Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang Pak Cik Kuan atau lebih dikenali Uncle Kentang ni ialah ‘salute’ dengan sikapnya.

Ramaikan yang kenal Uncle Kuan ini. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak perkara baik dilakukannya.

Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen, van jenazah dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah kerana katanya KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.

Baru-baru ini tular satu berita aktivis berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan daripada Ratu Elizabeth II atas usahanya dalam membantu golongan kurang kemampuan.

Anugerah yang dimaksudkan ialah ‘Points of Light’ yang merupakan anugerah tersebut diberikan setiap minggu kepada individu dari negara Komanwel sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Malah menerusi pencarian di laman web rasmi pointsoflight.gov.uk, aktivis berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan itu sejak diperkenalkan pada 2018.

Jadi memang layak lah anugerah ini diberikan kepada beliau kerana banyak melakukan sumbangan amal kepada golongan yang memerlukan baik dalam bentuk barangan keperluan, termasuk wang hingga perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.

Untuk info, Uncle Kentang dikenali apabila sering mendapat liputan dalam media elektronik dan cetak.

Anugerah ini milik anda semua!

Tinjuan kami di laman Facebook miliknya, dia meluahkan rasa syukur dan menyifatkan anugerah tersebut adalah hasil sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin serta bermurah hati dalam menjayakan misi bantuannya.

“Tanpa anda, kita tidak dapat membantu orang. Tanpa usaha anda, ramai yang akan kelaparan dan yang meninggal akan berduka kerana tiada ada yang urus.

“Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk saya sendiri.. tetapi ia adalah hak anda semua dan hak rakyat malaysia…

“Anda yang telah “gila” menderma,”gila” membantu dan “gila” memberi sokongan kepada semua inisiatif kita,” tulisnya

Menurut uncle Kuan lagi beliau dijangka akan mengambil sijil penghargaan pada 12 Jun hadapan dipercayai di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Kuala Lumpur.

Wah..tahniah Uncle Kuan, moga anugerah ini menguatkan lagi semangat beliau untuk membantu orang yang susah. Korang bila nak jadi macam uncle Kuan? Tak kan nak tengok je kan…-Remaja

Sumber: Pointsoftlight, Facebook Kuan Chee Heng 

2020 unsung heroes: Ebit Lew, Uncle Kentang and the caring people who helped Malaysians in hard times

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker