Tak adil adil ‘palit’ Umno dengan kegagalan PN, kata Zahid


Cubaan untuk mengaitkan Umno yang bukan parti komponen dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerangi penularan Covid-19 tidak adil dan tidak seharusnya berlaku, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno berkata, walaupun Ahli Parlimennya bersetuju menganggotai Kabinet Muhyiddin Yassin, tidak bermakna parti itu terlibat secara langsung dalam menentukan dasar negara.

Dalam pembentukan kerajaan PN sebelum ini, Umno melalui sokongan Ahli Parlimen hanya menyokong pembentukan kerajaan baharu namun parti itu bukan sebahagian daripada gabungan parti komponen PN pimpinan Muhyiddin.

Zahid berkata, segala ketetapan mengenai dasar berkait pengurusan pandemik Covid-19 dibuat sepenuhnya oleh PN.

“Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti Umno gara-gara beberapa Ahli Parlimen menerima tawaran menganggotai kerajaan PN.

“Penentuan dasar negara menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan,” katanya di Facebook.

Beliau menjawab kritikan segelintir pihak yang cuba “memalitkan” Umno dengan kegagalan PN terutama dalam menarik pelabur asing.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata bagi mengimbangi proses semak dan imbang walaupun Parlimen digantung, Umno komited menyalurkan pandangan kepada kerajaan PN menerusi pelbagai platform.

“Malangnya kebanyakan pandangan dan nasihat tentang Covid-19 itu kurang diberi perhatian. Mengapa jadi begitu saya fikir semua boleh mengandaikan sebabnya,” katanya.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin ketika ini menerima kritikan meluas pelbagai pihak termasuk pembangkang dan kalangan pemimpin Umno kerana pelaksanaan dasarnya yang dilihat gagal membendung pandemik Covid-19 termasuk melaksanakan Ordinan Darurat yang memberikan kerajaan lebih kuasa dalam membuat keputusan.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Najib Razak sudah memberi amaran kepada Umno yang ia akan dipersalahkan atas kegagalan memulihkan ekonomi, walaupun tiada seorang wakil Umno atau Barisan Nasional terlibat secara langsung menguruskan hal berkaitan hala tuju kewangan dan ekonomi yang dikuasai Bersatu. FMT

Kelantan dibanjiri kain rentang ‘Kerajaan Gagal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker