Banyak kes salah guna, polis lebih teliti timbang kebenaran rentas negeri, daerah

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis akan lebih teliti dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan merentas daerah dan negeri, susulan kes penyalahgunaan kebenaran serta pelanggaran SOP.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan segelintir pihak menyalahgunakan atau memalsukan kebenaran serta melanggar SOP semasa merentas daerah dan negeri.

“Polis akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan, terutamanya yang melibatkan rentas daerah dan negeri, dan akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dimohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar kecewa polis tahan peserta protes ‘Kerajaan Gagal’

Beliau berkata, dalam usaha mengekang penularan Covid-19, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP dan akan mengambil tindakan tegas selaras peraturan ditetapkan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak ini.”

Perjalanan antara negeri dihadkan di kebanyakan negeri sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kedua (PKP) pada Januari lalu, dengan beberapa pengecualian untuk perjalanan antara zon hijau.

Namun, sejak PKP 3.0 dilaksanakan di seluruh negara mulai 12 Mei lalu, semua perjalanan antara negeri dan daerah tidak dibenarkan.

 

 

Covid-19: 4,865 kes baru dan 47 kematian


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


‘Selamatkan Palestin!’ – Paris Hilton zahir sokongan menentang Israel

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker