Covid-19: 4,865 kes baru dan 47 kematian

 

Sebanyak 4,865 kes harian Covid-19 dilaporkan, tertinggi sejak Mei ini, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan sebanyak 479,421 kes.

Lembah Klang terus mencatatkan kes harian tertinggi, dengan 1743 kes di Selangor dan Kuala Lumpur 477 kes.

Sementara itu, kes terus meningkat di Sarawak (512), Johor (407) dan Kelantan (406).

Negeri-negeri lain pula merekodkan kes harian tiga angka, kecuali Sabah (95), Wilayah Persekutuan Labuan (6), Putrajaya (9) dan Perlis (2).

Hari ini juga mencatatkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) dan jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan

Kes aktif: 44,827
Pesakit di ICU: 531
Memerlukan bantuan pernafasan: 277

Kes mengikut negeri (kumulatif):

  • Selangor – 1,743 (157,056)
  • Sabah – 95 (59,504)
  • Johor – 407 (51,217)
  • WP KL – 477 (50,582)
  • Sarawak – 512 (39,328)
  • Pulau Pinang – 220 (24,157)
  • Negeri Sembilan – 149 (21,024)
  • Kelantan – 406 (19,973)
  • Perak – 160 (17,144)
  • Kedah – 244 (13,325)
  • Melaka – 127 (8,878)
  • Pahang – 152 (6,814)
  • Terengganu – 156 (5,941)
  • WP Labuan – 6 (2,523)
  • WP Putrajaya – 9 (1,562)
  • Perlis – 2 (393)

Di Selangor, sejumlah besar (298) kes Covid-19 dikesan setelah mereka melaporkan gejala. Sementara 36 kes lain dikesan melalui ujian sukarela.

Kini, Selangor mempunyai jumlah kes dan kematian terkumpul Covid-19 tertinggi.

Sehingga semalam, R-naught atau kadar kebolehjangkitan untuk negara adalah 1.06. Angka lebih daripada 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin cepat.

Negeri yang mempunyai R-naught kurang daripada 1.00 adalah Sabah, Labuan, Kelantan, Sarawak dan Perlis.

Turut membimbangkan, negeri Kedah, Pahang, Perak dan Terengganu mencatat R-naught lebih daripada 1.20.

Kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 47 lagi kematian berkaitan Covid-19 hari ini.

Kes kematian ini dicatat di Selangor (18), Sarawak (5), Pulau Pinang (5), Johor (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (4), Perak (3), Pahang (2), Kedah (1) dan Negeri Sembilan (1).

Korban termuda adalah seorang wanita berusia 33 tahun di Kelantan. Terdapat lapan mangsa yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital.

Kluster

Sebanyak 497 kluster Covid-19 aktif yang masih aktif. Angka ini hampir menyamai rekod 511 kluster aktif pada 9 Februari.

Kluster dengan jumlah kes baru yang paling banyak sekarang adalah kluster Kampung Paya Teh di Pahang (57), yang pertama kali diklasifikasikan semalam. Kampung Paya Teh kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Perincian 19 kluster baru adalah seperti berikut:

Jalan Petaling Industri
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 275 disaring

Jalan Besi Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 72 disaring

Utarid Sembilan Belas
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 118 disaring

Jalan Kampung Taib
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 180 disaring

Bayan Lepas Innoplex
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 43 disaring

Dah Helang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kedah
Daerah: Langkawi
Jumlah yang dijangkiti: 30 daripada 76 disaring

Dah Arked
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kedah
Daerah: Baling
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 91 disaring

Jalan Bukit Mutiara
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 343 disaring

Jalan Helang Siput
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 66 disaring

Kampung Kemuning
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Melaka
Daerah: Alor Gajah
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 68 disaring

Jalan Batu Dua
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Port Dickson
Jumlah yang dijangkiti: 45 daripada 271 disaring

Banggol
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Terengganu
Daerah: Setiu
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 116 disaring

Jalan Sri Putri Empat
Kategori: Institusi Kementerian Pendidikan
Negeri: Johor
Daerah: Kulai dan Pontian
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 63 disaring

Jalan Lima Belas
Kategori: Institut pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM
Negeri: Kuala Lumpur dan Selangor
Daerah: Cheras, Lembah Pantai, Hulu Langat dan Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 297 disaring

Gong Badak
Kategori: Pengajian tinggi
Negeri: Terengganu
Daerah: Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut
Jumlah yang dijangkiti: 36 daripada 409 disaring

Hulu Spaoh
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Betong dan Samarahan
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 48 disaring

Jelang
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Betong
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 141 disaring

Seri Sutra
Kategori: Komuniti
Negeri: Perak
Daerah: Kinta
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 45 disaring

Jambu Bongkok
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu
Daerah: Marang dan Dungun
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 186 disaring


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker