Covid-19: 47 kematian hari ini, rekod tertinggi


Kuala Lumpur: Kematian mangsa Covid-19 merekodkan kes tertinggi iaitu 47 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 1,994 orang atau 0.42 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian itu membabitkan 46 warganegara dan satu bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata, kes baharu Covid-19 di negara ini pula merekodkan 4,865 kes pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah 479,421 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 1,743 kes.



“Sebanyak 4,860 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,650 warganegara dan 210 bukan warganegara, manakala lima lagi kes import membabitkan tiga rakyat negara ini dan dua bukan warganegara.

“KKM turut merekodkan 3,497 kes pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 432,600 kes, manakala 44,827 kes masih aktif ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, 531 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 277 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. HM

Tiga varian baru merebak cepat di beberapa negeri – Noor Hisham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker