Disyaki cabul penghuni, pengasas rumah kebajikan di Gombak ditahan


PETALING JAYA: Pengasas sebuah rumah kebajikan di Gombak, Selangor ditahan polis kerana disyaki mencabul seorang penghuninya pada Jumaat lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam kejadian awal pagi 14 Mei lalu, mangsa berusia 17 tahun mengadu kepada pengasas rumah kebajikan itu yang beliau mengalami demam.

Katanya, suspek kemudian menggunakan kain basah untuk tuam di badan mangsa.

“Pada mulanya, suspek tuam di kepala mangsa, namun bertindak tuam di payudara dan membuka seluar mangsa,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Selepas kejadian itu, Siti Kamsiah berkata, remaja perempuan itu melarikan diri rumah kebajikan itu sebelum membuat laporan polis.

Katanya, berdasarkan laporan mangsa, polis menahan pengasas rumah kebajikan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati hanya remaja perempuan itu yang menjadi mangsa. FMT

Bomoh didakwa lakukan jenayah seksual terhadap pesakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker