Dasar Kerajaan Uthmaniah Punca Penempatan Yahudi Di Palestin
DASAR KERAJAAN UTHMANIAH PUNCA PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN
1.Ketika saya menulis entry sebelum ini tentang “HAY SHEIKH JARRAH : PUNCA KEMELUT SEBENAR BAITUL MAQDIS HARI INI“, saya sengaja tidak menyebut fakta yang lebih penting berbanding yang penting bagi mengelak fokus pembaca taksub fikrah atau ISLAMIS menghujum satu2 point semata.Tujuan penulisan untuk memahamkan isu sebenar.
2.Bayangkan kalau saya sebut dari awal kelibat UTHMANIAH sebagai punca utama penempatan haram Yahudi di Palestin hari ini, perbahasan awal memahamkan pembaca bahawa Palestin bukan sahaja isu GAZA, tapi PENEMPATAN HARAM YAHUDI dan MEYAHUDIKAN BAITUL MAQDIS tidak akan menjadi tumpuan.
3.Sejarah UTHMANIAH yang dibawa, difilemkan, dan dibukukan di Tanah Melayu kita harus dibugar kembali dan dinilai dengan adil.
4.Amat jengkel sekali, apabila dunia melayu mengangkat watak Sultan Abdul Hamid II sebagai hero Palestin dan Baitul Maqdis sedangkan hakikatnya bukan begitu.Melayu mengangkat wataknya semata-mata filem Turki?
UNDANG-UNDANG PEMILIKAN ASING TANAH PALESTIN OLEH SULTAN UTHMANIAH 1884
5.Kalau bercakap tentang krisis Palestin, seringkali ISLAMIS dan “penyeleweng sejarah yang berjanggut” menyebut PERISYTIHARAN BALFOUR 1917.
6.Sampai hari ini, pasti ramai yang melihat kemelut Palestin yang tidak berkesudahan hari ini bermula dengan Perisytiharan Balfour 1917 dan kejatuhan Empayar penjajah Uthmaniah 1924.
7.Mengapa mereka terus langkau 1917? Bagaimana berani mereka memalsukan sejarah dan mengelirukan orang ramai dengan menyembunyikan fakta paling penting pada tahun 1884!
8.Selepas Yahudi diusir dari Spain, Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul telah mengalu-alukan penghijrahan Yahudi ke Palestin.
9.Lebih teruk lagi, pada tahun 1884 Kerajaan Uthmaniah di bawah Sultan Abdul Hamid II yang diangkat-angkat dan dijulang-julang oleh dunia melayu telah memperkenalkan undang-undang yang MEMBENARKAN ORANG ASING MEMILIKI TANAH DI PALESTIN yang semestinya perkara paling dinantikan oleh Yahudi ketika itu.
Setahun tak jumpa suami, wanita nekad sembunyi dalam but untuk rentas negeri
UNDANG-UNDANG HAK KEISTIMEWAAN ORANG ASING DAN PERJANJIAN RAHSIA UTHMANIAH – BRITISH
9.Tidak terhenti dengan kebenaran secara undang-undang pada tahun 1884 terdapat siri perbincangan yang panjang dari 1896 hingga 1902 antara Sultan Abdul Hamid II dengan Sir Mark Sykes, diplomat British di Timur Tengah.Ini berlaku sebelum kejatuhan Khalifah sendiri dan semestinya “penyeleweng sejarah yang berjanggut” sengaja tidak menyebut perkara ini, dan bagi bangsaku melayu, kamu telah dicandukan oleh filem2 buatan Turki kononnya Sultan “Khalifah” Uthmaniah mempertahankan Palestin.
10.Sebelum undang-undang Kerajaan Uthmaniah membenarkan pemilikan asing di Palestin, penjajah ini telah memperkenalkan undang-undang hak keistimewaan orang asing قانون الامتيازات الأجنبية pada awal kurun ke 19 yang memberikan ruang kepada Yahudi dapat beberapa keistimewaan bukan sahaja di Palestin bahkan semua negara-negara di bawah empayarnya.
11.Dari sinilah, Yahudi ASHKANEZ dari Eropah dan Amerika Syarikat mula menyusup masuk ke Palestin antara tahun 1822 hingga 1823 dan berjaya sepenuhnya pada tahun 1840 !! Yahudi mula meletakkan entiti perniagaan mereka hingga akhirnya menguasai ekonomi di Palestin !!
12.Pelik bin Hairan, undang-undang yang memberi ruang keistimewaan asing di bawah tanah-tanah jajahan Uthmaniah ini telah dimansuhkan oleh Kamal Attaturk pada tahun 1937 selepas menjatuhkan Kesultanan Uthmaniah.Kamal Attatruk, seorang figura bangsa Turki yang dimomokkan oleh ISLAMIS sebagai berasal dari Yahudi, bapa sekular dan anti Islam! (hah sudah…jap g ada lah tuh yg kata aku pro sekular pulak tuuuh…haha)
12.Tidak susah untuk menemui fakta-fakta ini, syarat anda punya kerajinan sedikit dan boleh membaca salah satu dari enam bahasa utama dunia, Bahasa Arab.Carilah buku Ensiklopedia Sejarah Zionis tulisan Almarhum Dr Abdul Wahab AL Masiriy.
موسوعة تاريخ الصهيونية – للدكتور عبد الوهاب المسيري
semua ini termuat di sana.
Baca Artikel Menarik
- Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
- Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga
- Resepi Kek Marble Lembap
- Uqasha Dan Kamal Sudah Bernikah!
- Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Resepi Rendang Daging Hari Raya
Layari Laman Facebook My KMU NeT
TERIMALAH HAKIKAT
13.Tembok pemikiran yang mengatakan, runtuhnya Khalifah Uthmaniah adalah asas konflik di Palestin perlu diruntuhkan.Benamkan kejahilan dengan zahirnya hak.
14.Perisytiharan Balfour 1917 yang menjadi asas pembentukan Israel dan penempatan haram yahudi secara besar-besaran pada tahun 1919, bukan bermula dengan Balfour sebenarnya tapi dasar-dasar Kerajaan dan Sultan -Sultan Uthmaniah sendiri menyumbang segala kemelut hari ini.
15.Bagaimana kita dan paling berat sekali orang Palestin yang mendapat Ihsan Kerajaan Jordan pada tahun 1956 MENGURNIAKAN TANAH yang dinamakan Sheikh Jarrah berdepan dengan siri perbicaraan di mahkamah Israel sejak 1970 untuk menolak dakwaan sekumpulan Yahudi Eskanez terhadap hak pemilikan mereka pada tahun 1885 sedangkan memang ada undang-undang yang membenarkan pemilikan mereka pada tahun 1884!!
16.Namun, pada tahuhn 1948 Tanah tersebut (Baitul Maqdis Timur) telah dimiliki oleh Kerajaan Jordan dan tiada bukti bahawa kerajaan Jordan mengusir Yahudi dari sana pada tahun 1948.
17.Maka sebab itulah beberapa hari lepas kerajaan Jordan melalui diplomatnya telah menunjukkan dokumen yang lebih sah yang merujuk tahun 1956 tentang pemilikan rakyat Palestin secara kurniaan kepada Majlis Keselamatan PBB dalam usaha meredakan ketegangan di kawasan konflik.
18.Saya mulakan pendedahan-pendedahan ini dahulu sebagai muqaddimah sebelum menjawab hujuman liar yang menuduh negara arab berdiam diri tidak membantu Palestin hari ini supaya para pembaca dan pencinta kebenaran tahu dimana semua kemelut bermula secara mendasar ke akar isu hari ini.
DALAM POSTING YANG AKAN DATANG SAYA AKAN TERUS JAWAB TUDUHAN MELAMPAU MENGAPA ARAB TIDAK MEMBANTU PALESTIN HARI INI.
Mohd Faizal Sabhon
DASAR KERAJAAN UTHMANIAH PUNCA PENEMPATAN YAHUDI DI PALESTIN
Baca Artikel Menarik
- Remy Ishak ‘balik kampung’ naik pesawat persendirian
- Kuih Lapis Lembut Dan Sedap
- Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Soto Ayam Di Hari Raya
- Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin
- Ayam Kuzi Istimewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.