Dugaan 1 Syawal


Tawau: Dugaan 1 Syawal  “Di saat insan lain bergembira menyambut ketibaan Aidilfitri, saya diuji Allah apabila rumah kami terbakar,” kata Nurhayati Mustafa, 58, seorang daripada mangsa kebakaran tiga rumah di Kampung Kinabutan Bukit, dekat sini, hari ini.

Nurhayati berkata, ketika kejadian 3.10 pagi itu, dia bersama dua anak dan menantu sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bahang panas di dalam rumah.

Menurutnya, api yang marak menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa meredah asap tebal sebelum berjaya keluar.

“Walaupun tinggal sehelai sepinggang, namun saya tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat. Saya reda dan anggap ini ujian Allah pada hambanya,” kata ketika ditemui di sini, hari ini.



Seorang lagi mangsa, Jamal Umar, 57, berkata, dia hanya mampu melihat kediamannya perlahan-lahan ranap dijilat api sejurus berjaya menyelamatkan diri bersama isteri, Nahriah Masrah, 52.

“Segala persiapan untuk Aidilfitri sudah disiapkan dan sepatutnya pagi ini selepas selesai solat sunat Aidilfitri kami bercadang mengadakan majlis doa selamat.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka akan berdepan dugaan berat pada sambutan hari raya pertama tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.28 pagi sebelum sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.



Beliau berkata, kebakaran membabitkan tiga rumah dengan keluasan 600 meter persegi jenis tidak kekal.

Menurutnya, api dikawal kira-kira 20 minit kemudian selain turut menyelamatkan beberapa rumah berhampiran.

“Seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya sebelum ketibaan bomba.

“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Sabah,” katanya. HM



Dugaan 1 Syawal


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Persiapan Aidilfitri 4 keluarga musnah, rumah terbakar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker