Cik Man Jawab Persoalan, ‘Kenapa Allah Tak Menangkan Palestin?


Cik Man Jawab Persoalan, ‘Kenapa Allah Tak Menangkan Palestin? Sekarang ini, bumi Palestin sedang diuji dengan serangan-serangan daripada pihak tentera zionis Israel.

Kekejaman Israel bukan lagi sesuatu yang rahsia. Membunuh demi merampas tanah milik Palestin, Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara kerana secara jelasnya mereka melanggar undang-undang antarabangsa sejak berpuluh tahun lalu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa, ‘Kenapa Allah tak menangkan Palestin?’

Ini jawapan daripada Pencetus Ummah Azman atau lebih dikenali sebagai CIk Man dalam kalangan rakyat Malaysia.

Palestin sedang menang. Menang dengan semangat jihad yang tumbuh dari iman.

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman”.

Kita lihat mereka berkejaran dalam gempita bom dan peluru. Tapi hakikatnya, mereka sedang kejar syahid, sebaik-baik kemat1an.

Kalau kita kesian dengan Palestin, kita patut lebih kesian pada diri kita kalau tak sudi berdoa untuk mereka.

Padahal benda itu sangat mudah untuk dilakukan. Kita tak galas tugas seberat Umar al Khattab yang membuka Baitul Maqdis dan tidak seperit Solahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman musuh Islam dan tak sehebat Mujahidin Palestin yang setia berjuang untuk pembebasan Palestin.

Lalu bila kita berdoa, kenapa Palestin masih tidak menang ?

Kerana rintihan kita menjadi pilihan Allah untuk DIA dengari. Boleh saja Allah lenyapkan perang ini 70 tahun yang lalu. Lalu apa yang tinggal untuk kita ? Terus santai di zon selesa ?

Usaha kita iaitu prihatin, risau, doa dan infaq bukan debu yang dipersiakan. Semua itu menempah ganjaran Allah sebagai umat yang mengambil berat hal saudaranya. Semua itu saham akhirat buat kita.

Kenapa rakyat Palestin mengukir senyum ketika ditangkap tentera Israe1?

Kerana kepercayaan mereka yang padu pada ganjaran akhirat. Mereka yakin janji Allah. Masa depan bukan di dunia persinggahan tapi di syurga abadi.

Jadi bila Yahvdi dan Israe1 akan hancvr ? Mereka sedang bahkan telah lama hancvr. Hancvr dengan tamak yang akhirnya memberi laluan mudah Mujahidin untuk menggalas syahid ke syurga. InsyaAllah.

Cuma persoalannya, kita di mana sekarang ini?

Cik Man Jawab Persoalan, ‘Kenapa Allah Tak Menangkan Palestin?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker