DAP, Warisan terus bertikam lidah isu MOU

DAP, Warisan terus bertikam lidah isu MOU

Warisan dan DAP Sabah terus bertikam lidah, kali ini dengan seorang pemimpin Warisan menuduh DAP Sabah “menipu” rakyat Sabah dan Malaysia.

Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman berkata demikian sebagai respons kepada Pengerusi DAP Sabah Frankie Poon Ming Fung yang mendakwa memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) membolehkan pembentangan undang-undang antilompat parti.



“DAP Sabah harus merujuk kepada pemimpinnya di Kuala Lumpur sebelum cuba menipu rakyat Sabah dan rakyat Malaysia,” kata Azis seperti dilapor theVibes.

Ahli Parlimen Sepanggar itu menegaskan bahawa kelulusan rang undang-undang lain di Parlimen, seperti Perkara 119A Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 bukan kerana pelaksanaan MOU itu.

Perkara 119A, diluluskan sebulat suara semasa persidangan Dewan Rakyat pada 24 Mac, mengecualikan ahli kerabat diraja dan mereka yang berkhidmat sebagai raja negeri daripada daftar pengundi melalui pendaftaran automatik.

Azis menegaskan bahawa sokongan undang-undang antilompat parti tidak dikaitkan dengan MOU itu, kerana semua rang undang-undang yang diluluskan di Parlimen sejak 1957 tidak memerlukannya.



Dia mempersoalkan dakwaan PH bahawa MOU itu diperlukan untuk memastikan rang undang-undang antilompat parti diluluskan.

“Mungkin Frankie (Poon), yang bukan ahli parlimen, harus merujuk kepada ahli parlimen DAP di Kuala Lumpur sebelum menjadi jurucakap mereka,” katanya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri itu turut menambah bahawa Warisan konsisten dalam menyokong undang-undang antilompat parti, yang akan dibentangkan di parlimen pada 11 April, walaupun ia tidak menandatangani MOU.

Azis mendakwa bahawa banyak manfaat yang dijanjikan daripada MOU itu masih belum kelihatan, walaupun selepas PH diberi “peruntukan besar”.



“DAP memberitahu orang ramai MOU itu mempunyai banyak faedah. Tetapi adakah ia benar? Adakah BN semakin lemah? Tidak.

“Adakah keadaan politik menjadi stabil? Tidak. Adakah kes Covid-19 telah diuruskan dengan lebih baik? Tidak. Adakah sebarang pembaharuan telah dilaksanakan? Tidak. Adakah undang-undang antilompat pati telah dibentangkan? Tidak.

“Tetapi adakah PH telah mengambil sebarang wang dan peruntukan? Ya. PH mempunyai akses kepada kira-kira RM166.7 juta dalam bentuk geran langsung dan RM178 juta dalam dana projek selepas menandatangani MOU itu,” katanya.

Ketegangan antara Warisan dan DAP memuncak sejak kebelakangan ini dan sering kali MOU antara PH dan kerajaan dikaitkan dalam pertengkaran mereka.



Minggu lalu DAP Sabah membidas Warisan kerana menerima dua bekas wakil rakyat mereka yang lompat parti ke dalam kumpulannya dan memberi amaran bahawa Warisan tidak boleh dipercayai kerana ia menerima pengkhianat dan menyantuni Umno secara terbuka.

Ini berlaku selepas Adun Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin dan Adin Elopura Calvin Chong meletak jawatan daripada DAP pada Januari untuk menyertai Warisan. Mk

DAP, Warisan terus bertikam lidah isu MOU


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker