DAP akan perintah negara jika PH menang PRU15 – Saravanan

DAP akan perintah negara jika PH menang PRU15 – Saravanan

DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Beliau yang juga menteri sumber manusia berkata, sebagai parti yang dominan dalam PH, sudah tentu DAP akan menjadi penentu hendak memerintah negara.



Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU-15 Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah hari ini, Saravanan berkata rakyat perlu menyedari bahawa sekiranya PH menang, DAP akan mendapat kerusi yang banyak.

“Kalau pun BN bertanding, kita cukup pasti perdana menteri menentukan segala-galanya, tetapi kalau PH menang, di antara PKR, Amanah, DAP, Muda, siapakah akan dapat kerusi lebih banyak?

“Maka, mereka (DAP) yang jadi penentu bagaimana hendak memerintah negara ini. Kita tahu apa akan berlaku kalau DAP jadi penentu,” katanya lapor Berita Harian.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, DAP sepatutnya tidak lagi diberi peluang selepas PH gagal memerintah negara selama 22 bulan.



“Rakyat dah lihat 22 bulan macam mana kita menderita, kita perlu sedar.

“Cukuplah…Saya percaya orang Melayu sendiri tidak akan beri undi kepada PH selagi ada DAP,” katanya.

DAP akan perintah negara jika PH menang PRU15 – Saravanan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker