Muhyiddin dalam kekalutan umum BN sebagai musuh – Zahid

Muhyiddin dalam kekalutan umum BN sebagai musuh – Zahid

Perikatan Nasional (PN) kini dalam kekalutan apabila mengumumkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh mereka bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu sekadar menunjukkan kekalutan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdepan PRU15 yang dijangkakan tidak lama lagi.

Katanya, rakyat sudah lama tahu BERSATU yang dipimpin Muhyiddin sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN.



“Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU15 semakin menghampiri.

“Perlu difahami permulaan penubuhan BERSATU dengan ‘misi’ untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO.

“Selepas gagal, BERSATU mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang pernah mereka zalimi,” katanya dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengingatkan ahli PN, BN adalah musuh utama gabungan itu yang perlu dilawan pada PRU15.



Ahmad Zahid juga mendakwa BERSATU turut meletakkan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk mereka bagi ‘diperkudakan’ untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.

“Mujur sebahagian besar pimpinan BN termasuk Presiden UMNO dapat menghidu muslihat itu walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya.

“Sebab itu kita tidak berasa pelik bukan Pakatan Harapan (PH) diumumkan musuh utama PN walaupun Muhyiddin pernah menyebut PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Muhyiddin mungkin masih berharap membawa PN bekerjasama dengan PH yang tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.



“Barangkali juga satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Muhyiddin itu adalah pimpinan tertinggi PAS.

“Maka dengan pengumuman itu seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran.

“Ahli-ahli Parlimen selain BERSATU khususnya BN yang berada dalam Kabinet perlu memahami realiti bahawa mereka sedang dikelilingi oleh musuh dalam selimut,” katanya.

Beliau menegaskan selagi mana mereka mempertahankan komposisi Kabinet sedia ada bersama BERSATU bermakna, selagi itu kerajaan campuran yang mereka ‘pikul’ terdedah kepada risiko sabotaj.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu turut membangkitkan Muhyiddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dilihat malah memulakan gerakan melampaui batas dengan ‘menyerang’ Perdana Menteri.

“Tindakannya boleh memberi implikasi negatif kepada negara kerana Pengerusi MPN sendiri menggambarkan kerajaan yang dianggotainya sebagai lemah dan gagal.

“Dengan demikian pelabur asing akan melihat Malaysia bukan sebuah destinasi yang stabil dan kukuh untuk mereka membuat pelaburan.

“Sekali gus menyulitkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia termasuk nilai mata wang yang kini berada paras menggusarkan,” katanya

Lambat laun, tegasnya pasaran saham akan turut merudum apabila pelabur asing menjual saham tempatan untuk melabur di tempat lain.

“Tidak pasti sama ada tindakannya itu satu lagi bentuk ugutan kepada Perdana Menteri atau sememangnya beliau sudah tidak mampu menyembunyikan muslihatnya.

“Untuk menangani risiko di depan mata maka kerajaan yang stabil perlu segera dibentuk dengan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang kukuh,” katanya mengulangi gesaan menywgwrakan PRU15. BH

Muhyiddin dalam kekalutan umum BN sebagai musuh – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker