Akhirnya PAS kritik Taliban

Pemuda PAS tampil bersuara membantah keputusan kerajaan Taliban di Afghanistan untuk melarang wanita belajar di universiti.

Ketua pemuda parti itu Ahmad Fadhli Shaari berkata ia “langkah mundur” bagi Afghanistan.

“Pemuda PAS melahirkan kebimbangan kami berhubung dasar terbaru yang dilaksanakan oleh Emiriah Islam Afghanistan, yang melarang sementara pelajar perempuan memasuki universiti.



“Sebelum ini, Taliban telah membenarkan akses wanita ke universiti. Polisi terbaru ini, bagaimanapun, telah terbukti sebagai langkah mundur oleh kerajaan Afghanistan,” katanya pada satu kenyataan di media sosial Pemuda PAS pusat.

Pada 20 Dis, kerajaan Taliban mendapat kritikan global kerana menggantung akses untuk pelajar perempuan ke universiti sehingga diberitahu kelak – mendakwa ini kerana mereka tidak mematuhi “kod berpakaian” yang betul.

Taliban juga berkata beberapa mata pelajaran seperti kejuruteraan dan pertanian, tidak sesuai untuk kaum wanita.

Pun begitu, Ahmad Fadhli berkata Islam menjunjung hak pendidikan untuk semua malah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda menuntut ilmu menjadi “kewajipan” kepada semua umat Islam.



Dia juga berkata wanita telah memainkan peranan penting bersama lelaki dalam menyebarkan ilmu di dunia Islam.

“Sebenarnya ramai (wanita) yang menjadi pelopor dalam bidang masing-masing, seperti sains, pendidikan dan politik, pada zaman awal tamadun Islam.

“Selain itu, sebahagian hadis Nabi Muhammad diriwayatkan oleh tokoh wanita seperti (isteri-isteri nabi) Aisyah, Hafsah, dan Salamah,” katanya.

Mengenai etika berpakaian, ketua Pemuda PAS berkata satu kewajipan untuk “menjaga” aurat orang Islam namun mengharamkan wanita dari universiti bukanlah kaedah terbaik dan tidak sepatutnya berlaku di dalam negara Islam.



Dia berkata terdapat cara lain untuk mengekalkan keseimbangan antara pemakaian hijab dan menegakkan hak pendidikan.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas menegaskan sebarang perubahan juga perlu dilaksanakan secara berhati-hati dan tentatif agar tidak mencemarkan imej Islam.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker