Cara PAS pilih ‘suami’ tanda perebutan kuasa – Faiz Fadzil

Cara PAS pilih ‘suami’ tanda perebutan kuasa – Faiz Fadzil

Pemimpin Amanah melihat penegasan PAS bahawa parti Melayu-Islam bukan musuh sebagai bibit-bibit perpecahan Perikatan Nasional (PN).

Anggota dewan undangan negeri (Adun) Permatang Pasir Faiz Fadzil malah menyifatkannya sebagai tindakan terdesak PAS untuk bergabung semula dengan Umno bawah Muafakat Nasional (MN).



Anggota dewan undangan negeri (Adun) Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata, umum sedia maklum permusuhan Umno-Bersatu tidak dapat dipulihkan dan oleh itu amat mustahil untuk ketiga-tiga parti ini bergabung.

“Pendirian PAS yang flip-flop dalam memilih sama ada ‘suami lama’ atau ‘suami baru’ ini menunjukkan keadaan sebenar ketiga-tiga parti ini sedang berebut kuasa dengan menunggang sentimen Melayu-Islam.

“Hakikatnya, gabungan tiga parti ini dalam kerajaan susulan pengkhianatan Langkah Sheraton telah membentuk kerajaan yang tidak stabil dan ketidakstabilan politik ini akan berterusan sungguhpun selepas PRU ke-15 seandainya mereka peroleh majoriti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Faiz merujuk kenyataan terkini Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang menegaskan parti itu tidak boleh menerima pendirian yang melabelkan pertubuhan Melayu dan Islam lain sebagai musuh utama.



Walaupun tidak merujuk mana-mana pihak, kenyataan Takiyuddin itu dikeluarkan dua hari selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menegaskan BN adalah musuh utama gabungan itu dalam PRU ke-15.

Sementara itu Faiz berkata, PAS yang selama ini menjadikan Umno sebagai musuh tradisi sekarang sanggup menggadaikan perjuangan asal demi mendapatkan kuasa dengan bergabung dengan parti itu.

Menurutnya, parti yang telah dikafirkan PAS sehingga menimbulkan perpecahan masyarakat kini didambakan untuk bersama kononnya atas nama Melayu-Islam hanyalah candu politik untuk mengaburi pemikiran rakyat.

“Pelaksanaan hukum hudud melalui pindaan RUU355 yang menjadi jambatan kepada penggabungan PAS dan Umno sebelum PRU ke-14 kini tidak lagi menjadi agenda perjuangan kedua-dua parti sedangkan mereka menerajui kerajaan hari ini.



“Jika dahulu PAS bersungguh-sungguh menentang maksiat seperti judi, namun sekarang PAS sanggup bersekongkol dengan Umno menaikkan cabutan judi khas nombor ekor dari lapan kepada 22 cabutan.

“Suara anak muda PAS yang dahulu menentang keras sebarang bentuk hiburan, kini berjinak-jinak membenarkan konsert besar-besaran di Kelantan. Cukup mudah PAS dijinakkan Umno, dan bukan sebaliknya Umno yang ditarbiyahkan PAS,” jelasnya.

Tambahnya, perubahan kompas politik PAS ini hakikatnya bukanlah penggabungan berpremiskan prinsip Islam, tetapi demi berebut kuasa.

“Hujah PAS untuk bergabung dengan Umno atas nama Melayu-Islam jauh meleset daripada perjuangan menyelamatkan kedudukan orang Melayu. Umno yang telah memerintah negara selama 60 tahun yang menjadi punca kepada kehilangan berbilion ringgit institusi dana awam Melayu seperti Tabung Haji, Mara dan Felda.



“Pemimpin Umno yang terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa kini dihulurkan tangan persahabatan sehingga menimbulkan persepsi negatif rasuah itu halal,” ujar Faiz yang juga ahli jawatankuasa Amanah. Mk

Cara PAS pilih ‘suami’ tanda perebutan kuasa – Faiz Fadzil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi



Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker