Bakar rumah selepas isteri minta cerai

Seorang warga emas di Indonesia terbunuh selepas menantu lelakinya nekad membakar rumah mereka kerana berang isterinya meminta cerai, lapor laman berita Kompas.

Ketua polis daerah Kalideres, Abdul Jana berkata, kebakaran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa termasuk isteri suspek, melecur teruk.

“Dalam kebakaran itu, mentua suspek bernama SH, 70, meninggal dunia akibat melecur teruk,” kata Abdul.

Menurutnya, suspek yang dikenali sebagai RH, 50, gagal mengawal perasaan selepas isterinya meminta cerai.



Dia kemudian membakar rumah mereka sehingga hangus dijilat api. Akibat kejadian itu, hampir 58 peratus badan suspek melecur, manakala isterinya melecur  45 peratus.

Suspek dan mangsa masih menjalani rawatan di Hospital Besar Daerah Cengkerang. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker