Anak derhaka dihukum penjara lapan bulan selepas tumbuk dan hempas bapa ke tanah

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk kepala dan menghempas bapa kandungnya ke tanah berbatu, minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Fahmi Ramli, 29, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap Ramli Samad, 62, dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke tanah berbatu.



Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7.06 petang di sebuah rumah bernombor, Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Jun 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya merayu agar hukumannya diringankan, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira faktor lelaki tersebut mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Sharda kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan bermula hari ini.



Dalam prosiding sama, tertuduh turut dihadapkan dengan satu lagi pertuduhan di bawah seksyen sama dan dua lagi masing-masing di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecderaan terhadap mangsa bapanya dengan cara menumbuk kepala mangsa menggunakan tangan kira-kira pukul 11.05 malam di alamat sama pada pukul 15 Mei 2022.

Bagi Seksyen 352 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membaling objek seperti batu, kayu dan besi terhadap mangsa sama di lokasi, waktu dan tarikh sama dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh turut didakwa memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine kira-kira pukul 4.45 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah petang pada 15 Jun lalu.



Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan pengawasan polis maksimum tiga tahun mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Fiqri Hakim dalam hujahannya mencadangkan jaminan keseluruhan RM18,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Mahkamah kemudian bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,500 dan menetapkan tarikh 24 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker