Bukan kukuh pengaruh Zahid

Bukan kukuh pengaruh Zahid

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abd Kadir menafikan rombakan Jemaah Menteri bagi mengukuhkan kedudukan Zahid Hamidi dengan mengubah portfolio beberapa pemimpin kanan Umno.

Sebaliknya, tegas Zambry yang kini menteri pendidikan tinggi, perubahan portfolio ialah hak prerogatif Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



“Ia tidak ada kaitan (dengan BN), kerana kita perlu faham bahawa menjadi hak mutlak perdana menteri untuk membina pasukan (Jemaah Menterinya),” katanya kepada pemberita sempena hari pertamanya di Kementerian Pendidikan Tinggi menurut Harian Metro.

“Tentunya beliau sudah membuat penilaian yang terbaik untuk meneruskan (gerak kerja) dan juga respon yang beliau peroleh daripada rakyat, bagaimana beliau menyusun semula (Jemaah Menteri).”

Sebelum ini, timbul dakwaan rombakan Jemaah Menteri seperti diumumkan Anwar, Selasa lalu bertujuan melindungi pengaruh Zahid, yang juga presiden Umno.

Rombakan tersebut menyaksikan tiga pemimpin kanan Umno bertukar portfolio, termasuk Zambry yang sebelum ini menteri luar dan bekas menteri pendidikan tinggi Khaled Nordin yang beralih ke Kementerian Pertahanan.



Sementara itu, Timbalan Presiden Umno Mohamed Hasan yang sebelum ini menerajui Kementerian Pertahanan mengambil alih tugas Zambry di Kementerian Luar.

Zambry berkata penstrukturan semula Jemaah Menteri ialah amalan biasa bagi memantapkan pentadbiran kerajaan, dan tiada kaitan dengan politik.

“Seperti mana disebut Perdana Menteri, tumpuan kita ialah apa yang perlu kita laksanakan, apa yang sudah beliau tetapkan kerana matlamat dalam kerajaan Madani ialah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya. FMT

Bukan kukuh pengaruh Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker