Zahid cabar Mahathir, kita berjumpa di mahkamah

Zahid menyaman Mahathir berhubung kenyataannya terhadap dirinya pada sidang akhbar 23 Feb tahun ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dia akan menjawab di mahkamah berhubung dakwaan Dr Mahathir Mohamad, bahawa dirinya berjumpa dengan bekas perdana menteri itu sebanyak lima kali untuk membincangkan kes jenayah yang dihadapinya.

Ini susulan afidavit mahkamah Mahathir yang berkata bahawa Zahid telah datang menemuinya lima kali antara 2018 dan 2020 dan melampirkan petikan jadual hariannya untuk membuktikan tuntutannya.

“Tak apa, kita jumpa di mahkamah,” kata Zahid ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menghadiri perbicaraan kes jenayah dan sedang berdepan dengan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Berikutan itu, Mahathir pada 17 Mei memfailkan afidavit sebagai jawapan kepada saman Zahid, dengan memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan pertemuan itu, termasuk tarikh dan jadual hariannya pada tarikh berkenaan.

Mahathir berkata Zahid telah berjumpa dengannya pada 7 Jun 2018, 13 Sept 2018, dan setiap hari dari 23 Feb hingga 25 Feb 2020.

Dia berkata Zahid telah menyatakan kebimbangan terhadap kes mahkamahnya semasa mesyuarat itu.

Sementara itu, Zahid enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan berhubung ugutan Mahathir untuk menyamannya berhubung kenyataannya pada 2017, ketika dia menyebut bahawa Mahathir bukan orang Melayu.

“Saya serah pada dia (jika dia mahu saman),” kata Zahid kepada Malaysiakini.

Zahid membuat kenyataan itu pada 2017 apabila, sebagai menteri dalam negeri, dia dapati kononnya kad pengenalan (IC) bekas perdana menteri tercatat namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

“Jadi betullah dia (Mahathir) kata orang Melayu mudah lupa, sebab dia anak Iskandar Kutty,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker