Jahat sungguh pemburu haram

Jahat sungguh pemburu haram

Hulu Selangor: Kegiatan pemburuan haram masih berleluasa apabila seekor beruang matahari cedera terkena jerat dawai di kawasan Ladang Escort Ulu Bernam, di sini.

Beruang matahari itu atau nama saintifiknya Herlactos malayanus bagaimanapun diselamatkan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kira-kira jam 10 pagi, Jumaat lalu.



Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kaki kiri beruang jantan seberat 46 kilogram (kg) itu terjerut pada jerat dawai berkenaan.

“Operasi menyelamat kemudian dijalankan kakitangan Perhilitan negeri dan Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai, Perak,” katanya semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati haiwan itu tidak dapat bergerak akibat satu daripada kakinya yang terkena jerat dawai cedera.



“Operasi kemudian segera dilakukan dengan membuka dawai itu menggunakan peralatan khas.

“Pada masa sama, pemeriksaan Jabatan Veterinar mendapati beruang itu tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Menurutnya, haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke habitat hutan asal. HM

Jahat sungguh pemburu haram




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker