Buku Tommy Thomas: DAP masih membisu – Najib


DAP dilihat masih lagi membisu berhubung penerbitan buku berjudul ‘My story: Justice in the Wilderness’.

Buku yang ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas itu mendedahkan pelbagai insiden sepanjang penglibatan beliau bersama politik dan kerajaan.

Ini termasuklah pendedahan mengenai pelantikan beliau sebagai Peguam Negara serta persetujuan daripada parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau juga mendedahkan mendapat persetujuan DAP untuk dilantik sebagai ketua penasihat perundangan negara itu sejak 2013 apabila PH berjaya menjadi kerajaan.

“Sehingga kini, tiada seorang pemimpin DAP pernah mengecam atau memberi sebarang komen tentang buku Tommy Thomas.

“Selepas Tommy dilantik, kes anak Kit Siang (Veteran DAP, Lim Kit Siang) dan rata-rata kes pemimpin PH digugurkan manakala rata-rata pemimpin UMNO didakwa.

“Kit Siang tak mahu komen ke atas pendedahan Tommy bahawa dia sudah dapat persetujuan dari DAP sejak tahun 2013 untuk dilantik peguam negara bila DAP jadi kerajaan?

“Kit Siang juga tak mahu komen ke atas pendedahan Tommy bahawa Tommy dan Tun Mahathir campur tangan dalam perlantikan jawatan tertinggi hakim-hakim.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mendakwa apabila PH menjadi kerajaan, struktur kehakiman negara dipengaruhi dengan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

“Lalu (Richard) (Tan Sri Richard Malanjum) dilantik Ketua Hakim Negara. alam minggu pertama dia menjawat, hakim kes SRC saya pula diganti dengan hakim baru walaupun perbicaraan sudah berjalan.

“Hakim baharu tersebut pula cuma dilantik hakim Mahkamah Tinggi sivil pada tahun sebelumnya.

“Bermakna, beliau hanya ada pengalaman setahun dalam kes sivil dan langsung tiada pengalaman kes jenayah.

“Dia dipindah dari mahkamah sivil seminggu selepas Richard dilantik Ketua Hakim Negara untuk mengganti hakim kes SRC saya.

“Richard sempat menjawat selama sembilan bulan sahaja sebelum bersara wajib. Selepas itu beliau dilantik pengerusi Berjaya Land milik kawan paling rapat Tun Mahathir dan juga berkempen bersama atas pentas dengan Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) di Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Kedua-dua ini adalah pendedahan yang amat serious. Kenapa pula Kit Siang dan DAP langsung tiada apa-apa komen untuk buku Tommy?” soal Najib Razak. SM

Tommy Thomas Dedahkan Mahathir Lantik Ketua Hakim Negara Tidak Ikut Proses Ditetapkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker