Kerana saman trafik RM50, wanita hilang RM31,638.85

Kerana saman trafik RM50, wanita hilang RM31,638.85

Niat seorang wanita untuk menyelesaikan satu saman trafik bernilai RM50 bertukar padah apabila dia akhirnya kerugian RM31,638.85.

Semuanya disebabkan helah sindiket penipuan dalam talian yang menggunakan pautan melalui emel palsu kononnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperdaya mangsa sehingga menyerahkan pelbagai maklumat termasuk butiran perbankan.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Kan berkata, melalui emel terbabit sindiket menyatakan mangsa mempunyai satu saman trafik dengan satu pautan disediakan untuk tujuan semakan.

Katanya, melalui emel sama juga mangsa diberikan amaran supaya segera menjelaskan bayaran saman untuk mengelak tindakan lanjut diambil.

“Mangsa kemudian menekan pautan ‘go to page payment’ sebelum dibawa masuk ke laman MyBayar PDRM dan mengisi maklumat diperlukan untuk tujuan pembayaran sama.

“Ia termasuk butiran perbankan seperti kata nama, kata kunci dan nombor OTP ke dalam borang yang disediakan melalui pautan disediakan itu.



“Selepas butiran perbankan dimasukkan transaksi bayaran terbabit gagal dengan skrin laman sesawang palsu itu menyatakan nombor kod khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima tidak sah,” katanya,

Beliau berkata, mangsa tidak menyedari pautan disertakan melalui emel terbabit sebenarnya palsu, sehinggalah menerima panggilan daripada pihak bank menyatakan wang dari akaun mangsa dipindahkan tiga kali dalam masa singkat ke akaun bank lain dengan jumlah keseluruhan RM31,638.85.

“Mangsa kemudian menyedari dirinya tertipu sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Sehubungan itu, Hussein berkata menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan sebarang emel yang dikatakan dari PDRM untuk membayar saman kerana pihaknya menggunakan kaedah itu untuk tujuan terbabit. BH



Kerana saman trafik RM50, wanita hilang RM31,638.85

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker