Bajet 2023 fokus kesediaan negara hadapi krisis ekonomi global – Ismail

Bajet 2023 fokus kesediaan negara hadapi krisis ekonomi global – Ismail

Perdana Menteri memberi jaminan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti bakal memberi penekanan kepada kebajikan rakyat.

Pembentangan bajet berkenaan juga bakal mengkhususkan kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



“Insya-Allah, pembentangan Bajet 2023 pada bulan Oktober akan terus member penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap di Majlis Minum Petang Pengamal Media Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri berkata, jumlah aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) bersih bagi tahun 2021 ialah sebanyak RM48.1 bilion, mengatasi tahun-tahun sebelum wabak Covid-19.

Malah, pada suku pertama 2022 sahaja, nilai ini adalah hampir separuh bagi keseluruhan tahun 2021, iaitu melebihi RM24 bilion.

Terdahulu dilaporkan Kementerian Kewangan sudah memulakan program jelajah negeri Belanjawan 2023 di Johor dalam usaha mendapatkan pandangan dan cadangan di peringkat akar umbi, terutamanya rakyat, industri setempat dan kerajaan negeri.



Johor merupakan negeri yang pertama dikunjungi MOF dalam program jelajah itu. MG

Bajet 2023 fokus kesediaan negara hadapi krisis ekonomi global – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah



Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker