Pengantin lelaki buat kejutan, jemput penyanyi popular kegemaran isteri

Pengantin lelaki buat kejutan, jemput penyanyi popular kegemaran isteri

Pengantin lelaki buat kejutan, jemput penyanyi popular kegemaran isteri
Tangkap layar video menunjukkan penyanyi itu menyanyikan lagunya di hadapan pasangan pengantin. – Instagram

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana menjemput penyanyi kegemaran  isterinya untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @maharagung.organizer menunjukkan pengacara majlis mengumumkan kedatangan seorang tetamu istimewa dikenali sebagai Lyly.

Pengantin perempuan dan tetamu terkejut apabila individu tersebut merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Lyodra Ganting.

Majlis perkahwinan itu menjadi lebih bermakna apabila Lyodra menyanyikan lagunya sendiri buat pasangan pengantin.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Siapa yang bakal jadi suami saya tolong jemput dia juga,” kata seorang netizen. – AGENSI

Pengantin lelaki buat kejutan, jemput penyanyi popular kegemaran isteri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker