Dewan Rakyat lulus RUU Kementerian Alam Sekitar

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendapat laluan mudah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan undian mengikut suara majoriti itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Ia sekali gus menyaksikan KASA menjadi kementerian ke-17 berjaya mengharungi ‘ujian’ RUU Perbekalan 2021.

Justeru, Mohd Rashid berkata, wang berjumlah RM551,794,400 untuk kepala B33, anggaran perbelanjaan mengurus KASA 2021 jadi sebahagian daripada jadual.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menggulung perbahasan berkata, Unit Jenayah Alam Sekitar (UJAS) beroperasi secara pentadbiran sejak 1 Oktober lalu dan turut menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi lain.

Setakat ini, katanya, UJAS sudah beroperasi lima kali dan memberikan kesan yang amat positif ke arah usaha memerangi perbuatan pencemaran sungai di seluruh negara. MG

Belanjawan Kementerian Luar Bandar lulus tanpa undi belah bahagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker