Pengguna Android diberi amaran segera padam 23 aplikasi ini

Penyelidik di sebuah syarikat perisian dan keselamatan Britain, Sophos telah memberi amaran akan beberapa aplikasi merbahaya dalam telefon bimbit jenis Android.

Aplikasi berkenaan mempunyai ciri-ciri “fleeceware”, iaitu aplikasi yang berupaya mencuri data peribadi dan wang tanpa diketahui oleh pengguna.

Kesemua 23 aplikasi yang dinyatakan oleh Sophos ini juga didapati melanggar polisi yang dinyatakan oleh Google Play Store.

Aplikasi yang dinyatakan ini mempunyai tujuan untuk “mengeluarkan wang” daripada pengguna dengan beberapa cara, termasuk “langganan spam” dan “free-trial” tanpa menyatakan berapa lama tempoh berkenaan, atau berapa bayaran yang akan dikenakan selepas itu.

Selain itu, cara lain yang digunakan oleh aplikasi berkenaan adalah dengan memuat naik terma dan syarat yang sukar untuk dibaca.



Disebabkan kebanyakan pengguna mudah untuk melanggan aplikasi tertentu tanpa membaca terma dan syarat terlebih dahulu, ia membuatkan ramai mudah ditipu secara atas talian dan rugi sejumlah wang.-FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker