Selepas ambil alih Twitter, Elon Musk dirayu beli Lubnan

Selepas ambil alih Twitter, Elon Musk dirayu beli Lubnan

BEIRUT: Rakyat Lubnan mula menaruh harapan kepada Bilionair, Elon Musk dengan memintanya mempertimbangkan untuk membeli negara itu.

Arab News melaporkan, rakyat Lubnan berkata, jika Musk boleh merevolusikan industri kereta elektrik dan media sosial, dia pasti mampu menyelamatkan Lubnan.



Beberapa pakar meramalkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu akan gagal menguruskan syarikat Twitter, malah ramai juga yang beranggapan Lubnan akan bertambah lebih buruk sekiranya dibeli oleh Musk.

Segelintir pengguna media sosial merasakan tindakan Musk membeli Twitter sesuka hati adalah kurang ajar kerana sudah dirancang selama lebih empat tahun.

Pengguna media sosial masih ternanti-nanti bagaimana Musk akan bertindak balas terhadap permintaan daripada rakyat Lubnan untuk membeli negara itu.

Terdahulu, Musk memeterai perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion) yang menyamai jumlah keluaran dalam negara kasar Jordan.



Pada Disember 2017, Musk menggunakan Twitter dengan meluahkan perasaan cintanya terhadap platform itu.

Malah, golongan pengguna pernah mencadangkan kepadanya membeli Twitter ketika itu dan Musk sempat bertanyakan kos terbabit.

Februari lalu, Menteri Transformasi Digital Ukraine menghantar mesej dalam Twitter meminta Musk menjadikan sistem internet satelitnya, Starlink disediakan di Ukraine. BH

Selepas ambil alih Twitter, Elon Musk dirayu beli Lubnan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker