Sharifah Shahirah Cerita Detik Helikopter Jatuh 1 KM Dari Rumah: “Bunyi Macam Bom Ingatkan Tanah Runtuh

Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah akui terkejut selepas mendengar letupan seakan bunyi b0m di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Ampang, pagi tadi.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Shahirah yang lebih mesra disapa Shiera menyangka ada kejadian tanah runtuh.

Namun tidak disangka, apa yang terjadi adalah terdapat helikopter terhemp4s berdekatan kediamannya.

“Bunyi jatuh tu macam b0m. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit,” kata Shiera kepada Gempak.

Shiera kemudian baru mengetahui kalau letvpan kuat seperti b0m yang didengarinya itu adalah ins1iden helikopter terhempas.

“Lepastu ada yang update cakap helikopter terhemp4s. Dalam 1 meter ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya,” katanya.

Tambah kakak kepada aktres Sharifah Sakinah ini lagi, beliau sempat pergi ke lokasi kejadian namun mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas ramai orang mula datang.

“Saya pergi tengok tadi tapi bila dah ramai orang saya balik. Lagipun banyak lagi kerja nak buat. Doakan untuk mereka yang terlibat,” katanya lagi.

Sebentar tadi tular di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi WhatsApp beberapa keping foto dan video kemalangan membabitkan dua buah helikopter.

Susulan itu media tempatan melaporkan sebuah helikopter terhemp4s di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang. Gempak

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker