Datuk bandar di California, Jocelyn Yow rindu makanan dan budaya Malaysia

Seorang wanita berketurunan Malaysia yang mencipta sejarah menjadi wanita termuda bukan kulit putih dilantik sebagai datuk bandar di California, AS berkata, beliau paling merindui makanan, budaya dan keindahan semula jadi Malaysia.

Dalam temu bual bersama Malaysiakini, Jocelyn Yow berkata, beliau juga menghargai kepelbagaian dan keunikan budaya di Malaysia.

“Saya mempunyai banyak kenangan manis mengembara sekitar negara bersama keluarga, selain melakukan aktiviti merentas hutan dan berkhemah dengan persatuan pandu puteri serta pengakap di Malaysia.”

Yow, yang tidak pulang ke Malaysia sejak dua tahun lalu terkejut kejayaannya mendapat perhatian di sini.

Sebelum ini, media melaporkan Yow, 25, yang mempunyai ibu berbangsa Vietnam dan ayahnya dari Malaysia, menghabiskan usia awalnya di negara ini.

Keluarganya di AS berpindah ke Alor Setar, Kedah, pada 1996 selepas datuknya didiagnos dengan kanser.

“Saya menghabiskan 10 tahun di sana yang membolehkan saya mempelajari lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan kebudayaan keluarga kami,” tulisnya di Instagram.

Dalam temu bual itu, Yow berkata, beliau memperjuangkan polisi yang membantu mengetengahkan kesamaan jantina.

“Sayang sekali, AS satu-satunya negara maju yang masih tidak memberikan cuti bersalin berbayar.

“Saya gembira Malaysia semakin maju dan menawarkan polisi cuti bersalin yang lebih komprehensif.”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker