Cerita Najib di sebalik gambarnya bersama Jho Low di atas kapal

Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab persoalan kenapa beliau tidak pernah memuat naik gambarnya bersama Jho Low di atas kapal yang sebelum itu tular di media sosial.

Menurut bekas Perdana Menteri (PM) itu, perkara sebenar ia sudah diberitahu dalam mahkamah dan dalam buku Billion Dollar Whale.

“Semalam, ada rakyat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal?

“Okay saya upload sekarang tapi nak tanya: Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat joint-venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia dan anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?” soalnya dalam hantaran Facebooknya hari ini.



Najib juga menafikan andaian ramai perbicangannya di atas kapal itu untuk ‘merompak’ 1MDB.

“Ramai rakyat fikir gambar ini diambil diatas kapal Equanimity milik Jho Low: Salah! (Sebelum media melapor, saya tak pernah tahu wujudnya kapa Equanimity dan tak penah naik kapal itu).

“Ramai rakyat juga hanya nampak saya dengan Jho Low dalam gambar ini tapi entah kenapa pernah nampak individu di antara kita dan tak pernah tanya siapa dia.

“Individu itu adalah Putera ke-7 Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. Dia putera yang paling disayang Raja Abdullah masa itu,” katanya.



Putera Turki juga adalah timbalan gabenor dan seterusnya, gabenor wilayah Riyadh – iaitu wilayah terbesar Arab Saudi.

“Jika Raja Abdullah tak sayang Putera Turki, dia tak lantik Putera Turki jadi gabenor wilayah terbesar Arab Saudi yang mengandungi ibu kota Arab Saudi,” katanya lagi.

Pada bulan Julai 2009 selepas beliau menjadi PM, beliau dijemput untuk bertemu dengan Raja Abdullah di Arab Saudi.

“Di sana, meeting kita yang sepatutnya 30 minit telah dilanjutkan ke 75 minit oleh Raja Abdullah.



“Baginda luahkan hasrat dia untuk memperluaskan kerjasama antara negara Arab Saudi dengan Malaysia termasuk untuk melahirkan syarikat joint-venture dalam pelbagai bidang.

“Lalu Putera Turki melalui Jho Low yang jemput saya naik kapal pada bulan Ogos untuk bincang hasrat ayahanda dia.

“Kapal itu bernama Alfa Nero. Ini bukan kapal Equanimity yang disalah sangka ramai. Di atas kapal tersebut, kita bincang tentang kerjasama ekonomi antara kedua negara kita termasuk kerjasama antara syarikat petroleum milik dia PetroSaudi dengan 1MDB,” katanya.

Seminggu selepas itu, Putera Turki tulis surat rasmi di atas kepala surat Diraja Arab Saudi kepada Najib untuk teruskan hasrat tersebut.



“Lalu, saya hantar surat tersebut kepada syarikat 1MDB untuk mereka kaji. Itulah ceritanya.

“Ramai tak tahu cerita sebenar ini sebab perbicaraan mahkamah kes saya tidak dilapor dengan betul oleh media perdana dan tidak dibuat siaran langsung secara live semasa PH bermaharajalela.

Menurut Najib, kerajaan tidak mengalami kerugian dalam kerjasama 1MDB dengan PetroSaudi sebab segala pelaburan itu telah dibeli dan dijamin oleh syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi beberapa tahun kemudian.



“Itu adalah jaminan rasmi bertulis tetapi selepas PRU-14, kerajaan PH tak teruskan untuk tuntut jaminan tersebut dari kerajaan Abu Dhabi.

“Rakyat yang mahu fitnah saya kononnya saya pernah kata saya tak kenal Jho Low,” ujarnya.

https://mykmu.net/2017/02/25/malaysia-istimewa-di-mata-saudi/



Related Articles

2 Comments

  1. ….bila rakyat dah marah cakap APA pun org dah X percaya… kelemahan kerajaan BN masa Tu terlalu slow n masih anggap mudah dgn fitnah…

    1. Rakyat juga ingat bahawa sebelum gambar ini ditular, ada pihak yg mengatakan tak kenal Jho Loo sehinggalah gambar ini didedahkan kepada umum.

      Ngapa yer……

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker