[VIDEO] Pemuda Bertekak Dengan Frontliner Sebab Cucuk Hidung Kuat Masa Swab Test.. Padahal Dia Pernah Adjust Hidung Dulu

Satu video sedang viral di Twitter sekarang apabila seorang pemuda bertindak untuk kongsikan rasa tidak puas hatinya terhadap pekerja barisan hadapan semasa melakukan ujian saringan Cov1d-19 di sebuah Hospital.

Video itu mengundang kecaman netizen kerana tindakan individu yang merakam perbuatan tersebut boleh dikatakan tidak sewajarnya diperbesarkan.



“Akak ni sumpah s*al takda hati perut”

Menurut video tersebut ada seorang pemuda menjalani ujian saringan Cov1d-19, dalam video itu ditunjuk waktu kakitangan barisan hadapan tersebut mencucuk hidung pemuda itu.

Dilihat pemuda itu sampai mengalirkan air mata dan rupa-rupanya pemuda tersebut tak puas hati sehingga berlakunya pertelingkahan.



VIDEO DIBAWAH:-

Alasanya dikatakan kerana cucuk kuat sangat namun pada pengakhiran video, frontliner itu mengalah dan meminta maaf kepadanya.

Ia mengundang kemarahan netizen kerana tindakan individu tersebut kerana dalam video itu juga dilihat ada ayat-ayat kesat.



Kalau aku nurse tu… – Netizen

 



Bagi netizen apa yang dibuat itu tekniknya sama dengan yang lain dan rasa sakit itu memang lumrah. Hurm, mungkin dia tak biasa lagi kot atau ada sebab kenapa dia marah, #husnuzon



Mohon Maaf Secara Terbuka 

Menerusi carian Murai.my, Syafiq telah memuatnaik sebuah hantaran terbaru membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam kenyataannya itu, dia ingin memohon maaf kepada jururawat berkenaan kerana tidak menghormati mereka selain turut memohon maaf kepada petugas barisan hadapan yang lain kerana telah banyak berjasa selama ini.



Biarpun telah memohon maaf, terdapat segelintir netizen yang lain mendesak agar tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

Sumber : Lobak Merah , Murai.my

Terima Mesej Lucah, Minta Gambar Bogel Adibah Noor… “Akak Macam Gajah Mengantuk Ni Pun Orang Minta…”

Wanita guna kotak ayam goreng sebagai topeng muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker