Wanita guna kotak ayam goreng sebagai topeng muka

Share

Penggunaan topeng mulut dan hidung sangat penting ketika ini, tambahan pula ketika penularan wabak Covid-19 masih belum reda.

Pelbagai jenis topeng muka yang digayakan, sama ada yang boleh didapati di farmasi ataupun berasaskan fabrik yang dijahit.

Namun siapa sangka wanita ini memilih topeng yang lebih kreatif iaitu bekas kotak ayam goreng!


Menerusi video yang diambil di pusat membeli-belah Westfield Marion di Adelaide, Australia, kelihatan seorang wanita sedang duduk di meja dan asyik menatap telefon bimbitnya sambil memakai topeng unik berkenaan.

Kelihatan juga dulang makanan di atas meja, menandakan wanita tersebut baru selesai menikmati hidangannya.

Walaupun tidak jelas sama ada wanita tesebut memakai topeng unik berkenaan hanya sebagai berjenaka atau atas faktor kesihatan, namun video tersebut menghiburkan hati netizen.


Video itu menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh seorang individu bernama Scott McInerney di Instagram. FMT

Leave a Reply