Aliran keluar bersih dana asing : Malaysia No 1 di kalangan negara Asean.

Dari permulaan tahun 2019 sehingga kini, Malaysia sedang duduk di tempat pertama antara negara-negara ASEAN sebagai negara yang paling tinggi aliran keluar bersih dana asing.

Sementara dana pelabur sedang keluar dari Malaysia, negara Indonesia pula melaporkan pengaliran masuk dana asing.

Ini bukan Najib yang kata. Ini data dari hasil penyelidikan syarikat kewangan MIDF Research dengan memetik data rasmi Bursa Malaysia.

Bagi enam hari pertama dagangan dalam bulan Mac sahaja, pelabur asing telah menarik keluar dana sebanyak RM1.06 bilion dari pasaran ekuiti Malaysia.

Tahun lepas ekonomi kita tiba-tiba teruk selepas PRU14.

Nampaknya sedang bertambah teruk lagi tahun ini.

Genap satu tahun dahulu iaitu pada 12 Mac 2018, indeks Bursa Malaysia adalah 1,861 mata.

Pagi ini, saya tengok indeks Bursa jatuh ke 1,669 mata – jatuh hampir 200 mata.

Pasaran saham Malaysia masih tidak memulih walaupun sudah 10 bulan PH memerintah.

Pelabur-pelabur asing masih tidak yakin dengan menteri-menteri kerajaan PH.

Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Pembohongan dan tipuan fakta kewangan untuk tujuan politik bukanlah standard yang diguna pakai oleh pengurus dana antara bangsa.

    Mereka tidak ada masa untuk berfikir mengenai alasan bahawa titik perpuluhan telah tersilap. Mereka sibuk menentukan keuntungan syarikat dari membiarkan diri dibohongi. Ini berbeza dengan rakyat Malaysia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker