Belanjawan Kementerian Luar Bandar lulus tanpa undi belah bahagi

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar peringkat jawatankuasa.

Kementerian yang kedua diluluskan sidang Dewan Rakyat hari ini selepas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diluluskan melalui undi suara pagi tadi.

Speaker Azhar Azizan Harun memberitahu bahawa bajet perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar diluluskan selepas lebih banyak suara bersetuju (sokong).

Sesi penggulungan dilakukan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Latif Ahmad melibatkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM10,190,735,400.



Ini merupakan sesi perbahasan kementerian yang keempat diluluskan melalui undi suara.

Sementara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diluluskan melalui undian belah bahagi.

Tiada istilah lulus peringkat dasar, tolak peringkat jawatankuasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker