Zizi tak tolak jodoh dengan Yusuf

Zizi tak tolak jodoh dengan Yusuf

Penyanyi rap yang kini berimej muslimah, Zizi Kirana, 36, tidak menolak seandainya ada jodoh dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, meskipun ketika ini dia mengaku cuma rapat sebagai kawan.

Malah, menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, panggilan sayang antara satu sama lain yang sering ditunjukkan di media sosial juga cuma sekadar gurauan dan tanda kemesraan sebagai sahabat.



“Saya akui selesa berkawan dengan Yusuf tetapi tak pernah pula meletakkan sebarang status dalam perhubungan ini.

“Panggilan sayang itu pun saja-sajalah. Bukanlah sememangnya kami menggunakan panggilan itu. Bergurau saja. Cuma tak sangka pula ramai peminat suka melihat gelagat kami berdua di media sosial.

“Kalau peminat suka, kami pun okey dan gembira. Lagipun setakat ini saya dan Yusuf tiada masalah berkawan sama dan bagi saya, dia seorang lelaki yang baik dan suka bercakap lembut,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Zizi berkata demikian bagi mengulas isu panggilan sayang dan status sebenar hubungannya dengan pelakon tersebut selepas warganet kerap kali melihat kedua-duanya intim di media sosial kebelakangan ini.



Baru-baru ini juga tular sebuah video yang menyaksikan Yusuf berada di rumah ibunya dan secara spontan memanggil Zizi dengan gelaran sayang.

Selain itu, Zizi mengakui dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan dalam mana-mana perhubungan kerana bimbang kecewa suatu hari nanti.

“Saya pun sebenarnya baru sahaja berkawan dan mengenali Yusuf sekitar dua bulan lalu sejak kami bersama-sama terlibat dalam program All Together Now. Tapi semasa di set program, kami tidak bertegur pun.

“Pertama kali saling bertegur sapa ialah semasa sambutan raya lalu namun tak pernah berjumpa. Hanya berhubung melalui telefon.



“Insya-Allah, kalau ada jodoh, adalah. Alhamdulillah. Lagipun soal jodoh ini semua bukankah di tangan Allah SWT. Jadi kita serahkan saja kepada Dia,” katanya. Utusan

Zizi tak tolak jodoh dengan Yusuf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker