MB Kedah ‘jahil’ patut letak jawatan jika gagal haramkan MIC, kata presiden parti

GEORGE TOWN: Presiden MIC S Vigneswaran berkata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor harus meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu.

“Teruskan, cubalah untuk mengharamkan kami (MIC). Tetapi jika gagal, beliau (Sanusi) harus letak jawatan sebagai MB,” kata Vigneswaran kepada FMT.

Semalam Sanusi berkata MIC harus diharamkan sekiranya didapati menghasut rakyat, selepas parti itu membantah keras perobohan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah yang berusia lebih 50 tahun.



Sanusi memberi amaran kepada MIC “jangan celupar, jangan jadi hero berdasarkan populariti”.

Vigneswaran menyifatkan Sanusi sebagai jahil dan tidak layak menjadi MB.

Roboh Kuil: MIC cuba politikkan isu – Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, N Balasubramaniam



“Kami ada hak untuk bertanyakan (isu perobohan kuil) kerana kebebasan mengerjakan ibadat dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

“Jika tindakan kami mempertahankan hak masyarakat disifatkan (beliau) sebagai menghasut, maka PAS juga mesti diharamkan berdasarkan pelbagai tunjuk perasaan yang dianjurkannya mengenai isu antarabangsa dan membuat dakwaan (Amerika Syarikat) adalah pengganas,” kata beliau.

Vigneswaran berkata berdasarkan sikap Sanusi, “tidak menghairankan DAP tidak boleh bekerjasama dengan PAS kerana keangkuhannya.

Beliau berkata Sanusi sepatutnya mendokong jaminan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini tidak merobohkan mana-mana rumah ibadat bukan Islam.



Terdahulu, Naib Presiden MIC, T Mohan turut menyelar Sanusi, menyifatkan beliau sebagai seorang yang mencari publisiti murahan dengan menyerang MIC hanya kerana parti itu membangkitkan isu penting kaum India.

MIC kekal dengan PN jika BN, Umno juga kekal, kata Vigneswaran



Related Articles

One Comment

  1. Puak² Padayapa ni mmng sentiasa mencari kelemahan serta ruang & peluang dlm Perlembagaan Persekutuan utk masukkan agenda mereka yg tersendiri.Mentang²lah dlm perlembagaan ada menyebut ttg kebebasan beragama,wlupun Islam sbg agama rasmi.
    Yg jadi masaalahnya mereka ni, selagi ada busut,tunggul,pokok kayu dsbnya semuanya depa sapu dan akan buat kuil,tak kira atas tanah siapa pun.Mula² kecil je,lps tu tambah dibesarkan sikit,lama kelamaan hingga berdirilah satu bangunan besar.Masa tu dah tak blh nak dakwa dakwi lagi,klu disuruh dipindahkan pun mulalah pihak2 berkepentingan yg nak mencari pengaruh akan jadikan ianya isu besar,kononnya menafikan hak mereka utk beribadat bagai.Walhal tak jadi masaalah pun.Sdgkan Masjid pun kita sanggup pindahkan jika lokasi tapaknya diperlukan utk sbrg projek pembangunan lain yg penting utk rakyat,nak bina lebuhraya,atau dewan masyarakat misalnya,asalkan diganti dgn tapak dilokasi lain.Win win situasion.
    Tapi klu puak mereka ni,wli pun dah diberikan gantirugi serta tapak dilokasi baru pun mereka tetap berdegil.Contohnya kes kuil di Seafield,Slgr yg tlh menyebabkan kekecohan dan kematian ahli bomba yg masih blm selesai² lagi sampai skrg.Apa motif mereka ini yg sebenarnya?Parti politik yg mewakili mereka tak perlulah hendak jadi jaguh dlm isu ini.Sepatutnya mereka sbg komponen dlm kerajaan yg memerintah perlu membantu memberikan kefahaman kpd komuniti mereka,memastikan segala tuntutan gantirugi dllnya bersifat adil dan tiada pihak yg dirugikan.Tetapi yg jadi adalah disebaliknya pula.Jika diperhatikan sikap dan perangai ahli² politik bangsa India dinegara ini,sikapnya mmng sama,plot cerita serta watak ahli² politik seperti yg digambarkan didlm cerita² tersebut berkaitan ttg jenayah,korupsi,rasuah, gangsterism dan lain2 yg selalu dipaparkan & ditonton didlm filem² Tamil ditelevisyen & pawagam.Yg berbeza cuma lokasinya saja.Ini mmng realiti sbb skrg ni ramai ahli² politik, ketua² masyarakat berbangsa India yg bergelar Datuk,Datuk Seri dsbnya yg tlh ditahan oleh pihak berkuasa kerana terlibat dgn pelbagai jenayah,dadah,pergaduhan & kongsi gelap.
    Parti MIC seharusnya membersihkan gejala² negatif ini diklgn masyarakat mereka dahulu dan tak perlu terus menjadi jaguh dlm isu² yg sensitif seperti ini,utk menjadi populis diklgn masyarakat India di negara ini.Bertimbang rasa serta bersyukur kerana dpt hidup harmoni dan aman damai dibumi MALAYsia yg tercinta ini.Usah bersikap egois,kerana selama ini kami tlh byk berkompromi & bertolak ansur tetapi jgn pula ditolak kami beransur².

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker