Sultan Johor, Permaisuri kurnia mesin perubatan kepada hospital

Terkini di My KMU !!!!---->

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan peralatan mesin perubatan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, dua mesin inkubator disumbangkan untuk HSA dan sebuah mesin dialisis untuk kegunaan HSI.

Penyerahan tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Hishamuddin Abdul Rahim.

Sultan Johor kurnia X70, MyVi kepada doktor, kakitangan HSA

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Aman Rabu berkata, peralatan perubatan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merawat pesakit di kedua-dua hospital berkenaan.

“Kami menjunjung kasih atas keprihatinan baginda kepada pesakit kami di sini. Peralatan ini akan digunakan sebaiknya dalam rawatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Pengarah HSA, Dr Mohtar [email protected] dan Pengarah HSI, Dr Azizah Riduan.

Sultan Johor biayai kos baik pulih wad HSA yang terbakar semalam

Leave a Reply