PN hanya berjuang untuk jawatan Perdana Menteri – Mahathir

PN hanya berjuang untuk jawatan Perdana Menteri – Mahathir

Gerakan Tanah Air (GTA) belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun dua pemimpin gabungan itu telah mengadakan pertemuan sebelum ini.

Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata pertemuan dengan Muhyiddin sebelum ini hanya pertemuan biasa dan bukannya memuktamadkan kerjasama politik dua gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



“Dia (Muhyiddin) boleh datang bincang, tapi apa keputusannya (oleh GTA), lainlah (belum muktamad), sebab mereka pun berpecah. Mereka perlu susun gerakan mereka semula.

“Kita di peringkat (GTA) tak buat sebarang keputusan muktamad dan tak bincang lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semangat Merdeka di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dalam perkembangan sama, Mahathir turut menyifatkan langkah Muhyiddin tidak lebih untuk memastikan presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Mereka, PN bukan berjuang untuk agama, bangsa dan negara sebaliknya berjuang nak jadi perdana menteri. Boleh dapat duit banyak, dapat kuasa, boleh salah guna kuasa, itulah perjuangan mereka,” katanya.



Mahathir turut mendakwa Muhyiddin mengamalkan korupsi apabila bertindak menawarkan pelbagai jawatan semasa menjadi perdana menteri.

“Cara dia (Muhyiddin) mentadbir dengan memberi tempat kepada siapa sahaja sokong dia, semua dapat jawatan taraf menteri itu korupsi,” katanya.

Berhubung pendaftaran GTA, Mahathir berkata gabungan itu akan menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 6 Sept ini.

Muhyiddin, sebelum ini berkata PN tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15 dan dirinya telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir. FMT



PN hanya berjuang untuk jawatan Perdana Menteri – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker