2 remaja 15 tahun didakwa miliki, simpan motosikal curi
2 remaja 15 tahun didakwa miliki, simpan motosikal curi

SUNGAI PETANI: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun, termasuk seorang yang tidak lagi bersekolah serta disyaki sebagai dalang Geng Ventri, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki dan menyimpan motosikal curi pada minggu lalu.
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Mengikut pertuduhan, dua remaja itu didakwa memiliki dan menyimpan harta curi membabitkan dua motosikal Honda C100 milik sah dua individu berlainan.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di kawasan Surau Taman Mutiara, di sini, kira-kira jam 11 malam 14 dan 15 Julai lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan hingga maksimum lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
- Kerugian KWAP Amat Serius, Wujudkan Jawatankuasa Khas – Bastien
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
Dalam pada itu, seorang daripada remaja berkenaan turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan, iaitu dengan sengaja melupuskan harta curi membabitkan sebuah motosikal Honda C100.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di parkir Surau Taman Mutiara kira-kira jam 11 malam, 15 Julai lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan hingga maksimum tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Farah Amira Mohd Hassim, manakala kedua-dua tertuduh tiada diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan seorang tertuduh berkenaan diikat jamin RM200 bagi satu pertuduhan, manakala seorang lagi berjumlah RM400 untuk dua pertuduhan, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 8 September depan untuk penyediaan laporan akhlak kedua-dua remaja itu sebelum hukuman dijatuhkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lot Generasi FELDA: Johor 15 Ribu, Pahang 16 Ribu… Negeri Sembilan 100 Lot Pun Tak Selesai
- Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh
Sebelum ini, media melaporkan Geng Ventri yang dipercayai aktif melakukan kegiatan curi motosikal di kawasan parkir luar stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini, berjaya ditumpaskan pada Selasa lalu apabila empat remaja disyaki ahli kumpulan itu ditahan.
Tiga daripada mereka adalah adik-beradik berumur 14, 15 dan 16 tahun yang masih bersekolah, manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun tidak bersekolah dipercayai dalang geng itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, dipetik berkata susulan tangkapan itu, pihaknya turut merampas tiga kenderaan dipercayai motosikal curi yang digunakan suspek.
2 remaja 15 tahun didakwa miliki, simpan motosikal curi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.