Anggota polis marin didakwa terima bayaran bulanan
Anggota polis marin didakwa terima bayaran bulanan

SEREMBAN: Anggota polis marin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima bayaran bulanan tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan tugasnya.
Tertuduh, Ramli Osman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut enam pertuduhan, tertuduh sebagai Koperal Polis Marin yang bertugas di Kuala Kedah, Kedah, menerima wang berjumlah keseluruhan RM3,000 dengan tiada balasan daripada seorang pengurus syarikat perikanan dan pemborong makanan laut.
Ia melalui enam pindahan wang menerusi akaun bank seorang wanita ke akaun bank tertuduh, yang mana tertuduh mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Perbuatan itu dilakukan dari 30 Ogos 2022 hingga 31 Januari 2023 di sebuah cawangan bank di Kuala Klawang, Jelebu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
- Kerugian KWAP Amat Serius, Wujudkan Jawatankuasa Khas – Bastien
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
Justeru itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Atikah Ab Rashid menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 untuk semua pertuduhan.
Peguam Jonathan Joseph Lim Bing Wee memberitahu mahkamah, tertuduh mempunyai empat anak dan penanggung utama keluarga.
Dia mencadangkan jaminan RM3,000 dengan tertuduh memberikan kerjasama sepanjang tempoh siasatan selain tidak mempunyai rekod jenayah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM6,000 bagi semua pertuduhan.
Sebutan semula kes akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
Anggota polis marin didakwa terima bayaran bulanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.